Berlebih2an Pentafsiran Perkara Ghaib!
= melayan sangkaan dan andaian. Sedangkan kita tahu bahawa sangkaan (dzon) ada yang baik namun BANYAK yang buruk
= membelakangkan fakta, bukti dan logik akal. Sedangkan kita tahu bahawa dalil akli serta nakli adalah jalan menuju kebenaran
= pembenihan khurafat serta pencambahan syirik. Sedangkan kita tahu bahawa penggantungan terhadap selain daripada Allah SWT akan MEMBATALKAN IMAN
= membakar hasad dan dengki. Sedangkan kita tahu bahawa hasad serta dengki (al-hiqdu wa al-hasadu) membakar jantung (al-qalb) sepertimana bara memakan kayu api
= membuak perbandingan dengan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Sedangkan kita tahu untuk mengukur baju di badan sendiri, tahu bersyukur pada pemberian Ilahi.
Pendek kata, carilah ketenangan dengan minimumkan pentafsiran terhadap perkara ghaib!
Wallahu a'lam!
No comments:
Post a Comment